‘ Misconception On Capacity
In Volume Of Liquid ‘
1.0 PENGENALAN
Isipadu cecair merupakan kapasiti ( capacity ) cecair yang boleh dimuatkan dalam sesuatu bekas. Ia boleh diukur dengan menggunakan dua jenis unit pengukuran iaitu sama ada menggunakan ‘non standard units’ atau unit bukan piawai ( lebih dan kurang ) dan ‘standard unit’ atau unit piawai dalam ukuran millimeter ( ml ) dan liter
( l ) dalam system metric.
Dalam topik pembelajaran Isipadu Cecair Matematik Tahun 2, murid-murid sering kali melakukan kesilapan atau salah anggap sewaktu membuat perbandingan antara dua bekas yang berbeza. Murid sering kali beranggapan bahawa ketinggian cecair di dalam sesuatu bekas mempunyai kapasiti yang lebih banyak berbanding dengan cecair yang berada di bekas yang sebaliknya.Oleh itu, sewajarnya, guru memberi tunjuk ajar dan penerangan yang jelas bagi mengubah persepsi murid terhadap kapasiti sesuatu bekas.
Objektif utama tugasan ini ialah :
a) Membina blog berkaitan dengan salah anggap ( misconception ) dalam pengukuran kapasiti isipadu cecair
b) Memilih video yang berkaitan tentang pengukuran isipadu cecair
c) Menyediakan dua alat bantu mengajar
d) Menyediakan dua aktiviti daripada alat bantu mengajar yang direka bagi murid aras tinggi dan aras rendah
Sebelum memulakan sesi pembelajaran, guru hendaklah memastikan bahawa murid-murid telah mempunyai pengetahuan dan menguasai tiga konsep utama dalam pengukuran cecair iaitu kosong, separuh dan penuh seperti gambarajah di bawah :
Kosong Separuh Penuh
Secara keseluruhannya, tugasan ini membincangkan tentang salah anggap
( misconception ) murid ketika membuat perbandingan antara dua bekas. Walau bagaimanapun, satu video telah diperolehi melalui carian internet dalam menunjuk cara proses pengukuran cecair oleh Peter Weatherall http://www.youtube.com/watch?v=Wl6VDFaNn10&feature=related. Dua alat bantu mengajar juga telah disediakan bagi murid aras tinggi dan aras rendah sebagai aktiviti yang perlu dijalankan bagi menguatkan pemahaman murid mengenai kapasiti cecair dalam sesuatu bekas.
2.0 BAHAN BANTU MENGAJAR
2.1 Bahan Mengajar 1
( Murid Aras Rendah )
Gelas ( Alat Pengukur )
2.2 Bahan Bantu Mengajar 2
( Murid Aras Tinggi )
A B
Bikar ( Alat Pengukur )
3.0 AKTIVITI 1 ( Murid Aras Rendah )
Langkah 1 : Guru meletakkan dua kotak air minuman yang biasa diminum dan diperolehi di kedai.
Langkah 2 : Secara rambang, guru meminta murid meneka kapasiti air ( lebih banyak atau kurang ) antara dua air kotak tadi.
Langkah 3 : Guru meminta dua orang murid di kalangan murid aras rendah tampil ke hadapan untuk membuat perbandingan.
Langkah 4 : Murid menuang air kotak ke dalam cawan yang telah disediakan oleh guru sebagai alat pengukuran untuk membandingkan kapasiti setiap air kotak.
![]() |
A |
![]() |
B |
![]() |
B |
![]() |
A |
Langkah 5 : Murid meletakkan bekas air secara bersebelahan agar dapat melihat perbandingan kapasiti secara lebih jelas.
B A
Keputusan : Setelah dirapatkan, murid dapat melihat dengan labih jelas bahawa bekas B iaitu air di kotak B mempunyai kapasiti air minuman yang lebih banyak dari bekas A .
KEPUTUSAN | ||
![]() | Lebih sedikit | |
![]() | Lebih banyak |
Langkah 1 : Guru meletakkan dua bekas jug air.
![]() |
B |
Langkah 2 : Secara rambang, guru meminta murid meneka kapasiti air ( lebih banyak atau kurang ) antara dua jug air tadi.
Langkah 3 : Guru meminta dua orang murid di kalangan murid aras tinggi tampil ke hadapan untuk membuat perbandingan.
Langkah 4 : Murid menuang air di dalam jug ke dalam silinder penyukat yang telah disediakan oleh guru sebagai alat pengukuran untuk membandingkan kapasiti setiap air jug.
Langkah 5 : Murid merekod keputusan di dalam jadual yang disediakan.
KESIMPULAN
Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, murid dapat menilai bahawa kapasiti sesuatu cecair itu tidak dipengaruhi oleh bentuk sesuatu bekas. Untuk menilai sesuatu kapasiti, murid perlu menjalankan atau membuat perbandingan sama ada dengan menggunakan ‘non standard units’ atau unit bukan piawai (lebih dan kurang) dan ‘standard unit’ atau unit piawai dalam ukuran millimeter (ml) dan liter (l) dalam system metric. Pelbagai jenis alat ukuran boleh digunakan untuk dijadikan alat pengukur. Untuk ‘non standard units’ atau unit bukan piawai, antara alat yang boleh digunakan seperti cawan, gelas, mangkuk dan lain. Manakala bagi ‘standard unit’ atau unit piawai, alat yang biasa digunakan adalah silinder penyukat. Walau bagaimanapun, semasa menggunakan alat pengukuran seperti gelas, guru hendaklah sentiasa menekankan bahawa murid hendaklah menyukat cecair sehingga penuh sekiranya ianya melibatkan lebih daripada satu bekas.
RUJUKAN
- Murugiah s/o Velayutham, Kao Thuan Keat ( 2010 ). Teaching Mathematics In Year Two, Open University Malaysia.
- Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2003 ). Huraian Sukatan Pelajaran Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 2.